Thursday, March 17, 2011

jom makan(korea food)


Hari tu aku n kawan aku ni tengah berbincang macam mana nak siapkan kerja, tetiba kawan aku ceta pasal kawan dia ada pergi satu restaurant korea yang ok harga nya dekat area kk. Aku apa lagi , dah lama aku mengidam mau makan makanan korea tapi belum sampai hajatnya. Berbekal duit hanya rm150 je(tu je duit aku tinggal bulan tu), aku pun setuju dan kami pun pergi berempat dan menyewa keta. Tempat tu kala tak silap kat area Lintas, Kota Kinabalu. Boleh tahan juga restaurant tu, tapi yang lucunya, kedai tu buka jam 6 petang, dan kami pula sampai jam 6.45. Kerana tidak mahu menunggu di depan kedai tu, kawan-kawan aku ajak pusing-pusing area situ dulu, dengan berat hati aku melangkah sebab aku takut nanti kedai tu penuh dan tak dapat tempat duduk. Memang perangai aku begitu kalau dah kegirangan mahu melakukan sesuatu. Walaupun banyak orang yang kenal aku takut dengan perangai aku dan mungkin tidak selesa, aku minta maaf sebab susah aku mau ubah perangai aku tu dan janji aku tak buat pekara-pekara yang dilarang oleh Tuhan. Ok tukar cerita pulak, kat bawah ni antara makanan dia diserta sekali nama dan harga nya :


ni bukan menunya tapi pintu masuk kedai makan tu : 


PEMBUKA SELERA SEMENTARA MENUNGGU HIDANGAN
MASAM, MANIS, DAN PEDAS


BIBIMBAP RM20.00


SAMGEUPSAL (PORK) RM26.00

KIMBAP RM18.00


KIMCHI PORK SOUP RM20.00

SPRING ROLLS(LAU X SILAP) RM18.00



SEDAP SEKALI !!!!!!!

No comments:

Post a Comment