Monday, March 21, 2011

true or not???





Hujung minggu aku habiskan masa di Banjaran Crocker untuk subjek geografi aku. Banyak kenangan manis dan pahit yang sentiasa menemani aku sepanjang tempoh disana. Tanpa aku duga, aku tak tahu lah samaada ini kenyataan yang keluar daripada mulut dia secara tidak sengaja atau memang itu yang ikhlas daripada hatinya, jika benar kenyataan itu, maksudnya aku ni tiada harga di depan mata mereka. Aku hairan kami ni seibu tapi aku merasa jarak yang ketara sekarang. Atau aku yang agak sensitif. entahlah, tapi sepanjang aku bersama mereka, sentiasa timbul perasaan yang negatif timbul di sanubari ku. Bukan ianya sengaja timbul tapi inilah yang aku dapat setiap kali renung mata-mata mereka ketika menuturkan kata-kata. Seolah-oah aku ini pengemis atau tiada harganya di mata mereka. Aku sedih, selama ini aku ingatkan aku boleh seerat yang mungkin tapi wujud juga jurang antara kami. Selama ini aku tidak mengendahkan perasaan ku ini dan terus mendampingi mereka sehingga di pihak yang satu lagi terluka. Maafkan aku, tapi aku bukan sesorang yang gemar bermusuh walaupun kadang2 kala mulut ni cabai juga. Tapi niat di hati tidak mahu bermusuh dengan sesiapa pun, kerna kebahagian aku ada pada keluarga ku dan sahabat2 aku. Maafkan sekiranya terkasar bahasa kerana diri ini insan biasa dan hanya mahukan semua orang gembira....

No comments:

Post a Comment