Monday, March 14, 2011

Koleksi Cerita Lawak

Cerita Pertama :
Ada sorang mamat tu masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat lapan sebuah
bangunan.

Sampai tingkat satu, tetiba je masuk sorang awek cun lagi bergaya lalu
menyembur perfume ke tubuhnya."Ini perfume mahal tau..jenama Beverly Hills,
RM400 sebotol," katanya angkuh. Bengang giler mamat tu.

Sampai tingkat tiga, masuk lak sorang mak datin juga menyembur perfume ke
tubuhnya. "Perfume Vecinza dari Itali, RM1000 sebotol tau," kat mak datin
tu lagi angkuh berbanding awek cun tadi. Lagilar menyampah giler mamat tu.

Sampai je tingkat lapan, pintu lif pun terbuka dan mamat tu sedia lar nak
keluar dari lif. "Proootttt!!! Sebelum keluar mamat tu sempat mengeluarkan
"gas aslinya" dalam lif tu. "Telur rebus kedai mamak. Tak mahal, lima puluh
sen sebiji jer..,"kata mamat tu selamba lalu berjalan meninggalkan kedua
pompuan kerek yang mula termuntah dalam lif.

kui...kui....kui...(ahahha aahaha)

Cerita kedua :

Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya
Puteri Sheila o*n 7Eleven. Sejak lahir lagi puteri ini telah terkena
sumpahan.Apa je menda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab
tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau puteri
tu terpegang mereka maka meraka akan cair jugak. Maka musykil la
Ayahanda nye kerana alamat tak kawin la puterinya itu. Maka, dengan
nasihat memanda perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa
dengan seorang bomoh untuk berubat.Mengikut kata bomoh tersebut, puteri
akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak
kan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut.
Atas cadangan memanda perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan
bahawa barang siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila
puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan
puterinya itu.



Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda
masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian,
pertandingan pun berlangsung..... Muncul lah lelaki yang
pertama,Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu? Lelaki#1 : Hamba
membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling keras dalam
dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf, bateri
dan kapal terbang. Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.
Lelaki#1 : Silakan.... Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium
itu.Ahhhhhh Cair nampaknye logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja
dan tuan puteri...Muncullah lelaki ke-2..... Maharaja: Ha kamu! Apa
yang kamu bawa tu? Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah
yang paling keras dalam dunia.



Pada masa akan datang,menda ini bukan saja menjadi perhiasan malah
digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di
dasar lautan. Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.
Lelaki#2: Silakan..... Maka puteri itu pun memegang le berlian
tersebut.Ahhhhhhhh Cair jugak berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki
itu, maharaja dan puteri. Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba
juga tapi malangnya semua benda yang dipegang oleh puteri tetap cair
hendaknya... Kemudian muncullah lelaki yang terakhir. Eh!!Dia datang
berlenggang je tanpa membawa apa-apa pun! Maharaja: Hey Kamu! Apa yang
kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je? Lelaki: Patik ada membawa
benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket hamba ini. Maharaja:



Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta cuba
memegangnya. Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak
memegangnya,seluklah dalam poket hamba ini... Maharaja: Hmmmm.... Kalau
begitu, baiklah! Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket
lelaki itu. Puteri teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam
poket lelaki itu. Kemudian puteri terpegang sesuatu... Mukanya merah
menahan malu. Lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik
tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja
hairan... Maharaja tanya puterinya Maharaja: Anakanda dapat pegang
sesuatu? Puteri: Dapat.... Maharaja: Benda tu cair? Puteri: Tak....
Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi
menantu Beta! Lelaki: Hehehehehehehehehehehe....... Tapi..... Apakah
yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan kenapa benda tu
tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah Pegang? Apa yang
korang terlintas dalam kepala korang haaaaa?Hehehehehehehehehe.....

(Sila scroll down...........)



















BENDA ITU IALAH------ COKLAT M&M CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN! KORANG INGAT APA? OTAK TU BIAR BETUL SIKIT


Cerita Ketiga :

Ada
seorang lelaki tua yang hobinya memelihara burung. Pada suatu
pagi,semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa sipencuri sudah
keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan
mingguan di kampungnya.

Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung?"

Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri.

Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah

"bukan itu maksud saya"

Lalu di ajukan soalan yang lain..

"maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?"

Maka seluruh penduduk wanita berdiri.

Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah dia menyambung "maaf, bukan itu maksud saya"

Sekali lagi di cuba bertanya "maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya"

Separuh penduduk wanita berdiri.


Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi
"maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya

adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?"

Lalu... Isteri lelaki itu pun berdiri...


Cerita Keempat :

Kawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta dgn seorang anak jutawan di
Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana kawan
aku ini seorang salesman kereta.

Satu malam, mereka
bercadang utk melarikan diri. Selepas berjaya melarikan diri, bapak
perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah
membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan
dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke
rumah.

Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke
rumahnya di bukit antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun
menerima lelaki ini dengan seadanya.

Enam bulan kemudian,
mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk majis perkahwinan itu
sedang disediakan. Nak dijadikkan cerita, Semasa Lelaki ini pergi
membeli Kentaki kat Ampang Point, dia kena langgar kereta di hadapan
perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan.
Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal
beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dgn lelaki
kesayangannya.

Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat
mimpi, Seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di
baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan
berlaku. Tapi, ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya.


Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama
iaitu seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju
pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan
berlaku. akan tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak
megendahkannya.

Malam ke tiga, -perempuan itu pula
menerima mimpi yang sama seperti ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi
tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya. Dalam ketakutan yang amat
sangat, diap un pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh
pun, darah tetap ada...

Malam keempat, dia mendapat mimpi
yang serupa.. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu bersih2
dan jika tidak, malang akan menantinya..Bia bangun, perempuan itu pun
terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan
tetapi, darah itu tetap adaa...

Keesokan harinya,
perempuan itu terkejut apa bla pintu belakang rumahnya di ketuk
bertalu2 dan munculah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun
pengsan..

Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menguhurkan benda yang berwarna biru...
Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "apa ini... ?"


Ni lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan sedikit dan kotoran akan hilang...
err..yg ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang besar, beli kat
kedai... ..



(Koleksi Cerita Lawak dipetik daripada laman sesawang sendirian berhad...aahhhaa)

No comments:

Post a Comment