Monday, March 14, 2011

Kembara Ke Pedalaman Sabah....

                                            Pengangkutan yang pertama : Bas UMS

 Pada 4 hingga 8 Disember merupakan salah satu pengalaman aku yang cukup berharga. Aku telah mengembara sehingga ke pedalaman Sabah iaitu di Babalintan yang tidak jauh daripada sempadan Kalimantan. Walaupun penat yang teramat, kepuasan sebagai seorang pelajar universiti tidak mampu dibayar sama sekali. Sungguh aku tidak menyangka diriku yang tidak sekali pun pernah menjejak kaki ke pedalaman mampu berada di kawasan yang langsung tidak dapat telefon. Bahkan perjalanan kami sehari suntuk dimulakan dengan bas, kenderaan pacuan empat roda dan terakhir sekali mengunakan jalan air(bot), barulah kami sampai ke destinasi yang ditujui. Dibawah adalah gambar sepanjang kembara untuk melaksanakan Program :Outreach Babalitan-Logongon, Pensiangan.


Perhentian kami di Salarom Taka untuk satu malam
Hari Terakhir di Salarom Taka



     Pengangkutan yang kedua : Kenderaan Pacuan Empat Roda (sepuluh orang sumbat sekali)




                                                 Pengangkutan yang terakhir : bot 


Pengalaman di tempat orang memang best apatah lagi bersama-sama dengan geng satu kepala. Banyak benda yang kami kongsi bersama sepanjang kembara kami. Masa tu juga lag aku mengenali dengan lebih rapat kawan-kawan aku yang lain. Really nice to know more about them. Namun begitu, kepenatan dan ketidakselesaan juga berlaku kepada diriku dan aku rasa orang lain pun sama juga. Contohnya tempat mandi dan keadaan cuaca di sana jauh lebih panas. Tapi, semua itu hal remeh temeh berbanding dengan pengalaman yang aku perolehi.


                                           Destinasi kami yang sebenar : Sk Babalitan

Pelbagai jenis aktiviti yang kami jalankan disana bersama-sama dengan murid-murid disana dan pihak ibubapa juga tidak ketinggalan.


                 Seharian kami meluangkan masa untuk bermain dengan budak-budak disana


                                            Sebahagian aktiviti kami d Sk. Babalitan





                                            Kami singgah di Kampung Silungai 



                                        Destinasi terakhir kami iaitu Kampung Longongan




        Antara murid-murid yang terlibat membuat persembahan dalam salah satu aktiviti di kampung tersebut


                                                 Tiba masa untuk kami pulang.......



kemudian kami singgah sebuah perhentian di Gunung Alab. Suasana berkabus walaupun jam menunjukkan kira-kira 3 atau 4 petang. Banyak pengalaman aku yang melucukan disitu, antaranya  mulut keluar asap(ala2 di tempat sejuk), pastu hampir kena tinggal bas gara2 mau melahap bakso dan bas kami yang satu lagi rosak. Agak lama juga menunggu, sambil-sambil tu kami bergambar...




Sampai di UMS, hari pun sudah malam. Penat tapi puas hati sebab sebagai seorang bakal guru, pengalaman sebegini wajar ditempuhi supaya di dalam diri kita sebagai guru sentiasa bersemangat memberi tunjuk ajar dan  berkongsi ilmu dengan anak-anak didik kita kelak.


BAKAL GURU DARIPADA SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL(UMS)
2010



1 comment: