Tuesday, March 15, 2011

Kucing-kucing ku....

Inilah Kucing-kucing ku....Love all of them..
Nama : Odie                                                             
Perangai : garang dan mengigit bila dipegang
               jinak time mau makan je
               suka tidur di master room
               High Class punya kucing

Nama : Odae
Perangai : suka dibelai dan lama-lama dibelai boleh mengigit
tidak disukai oleh Joy@sibiut
suka tidur sambil cium bau kasut

Nama : Joy @ SiBiut
Perangai : Sangat proctective dan suka berkawal di luar rumah
sibuk mengacau time orang tengah sibuk bertelefon
mak kepada tiga anak kucing ( awok, ola , stacy)
Benci tengok si Odae dan suka kacau kucing2 yang lain

          
Nama : Olay
Perangai : Sangat manja, akan mengeow dengan kuat bila kita tegur dia atau  setiap kali ia masuk rumah
yang kedua antara kembar bertiga
suka tidur di atas kusyen dan speaker
meninggal tahun ni
My Cat : Olie
sangat manja terutamanya dengan tuan dia
pandai menjawab bila ditanya
suka tidur diatas perut orang dan kereta
mudah merajuk dan sangat suka bila tuannya panggil ia
yang pertama diantara kembar bertiga
hilang tahun lepas
Nama : Oda
sangat manja dan pandai mengurut (bila mau je)
suka tidur diatas sofa dan perut orang
suka menjelirkan lidah dan mudah merajuk
yang paling bongsu antara kembar bertiga


Inilah anak-anak kepada si Joy @ Sibiut tadi, bermula yang putih tu namanya Stacy, Ola dan sebelah ni Awok. Comel-comel semuanya dan sangat manja. Genap 3 tahun bulan april ni. Asalnya aku ada sepuluh kucing, sekarang tinggal lapan ekor. Pemergian Olie dan Olay banyak mengubah diriku. Hal ini membuat aku mesti menghargai apa yang aku sayangkan. Sampai sekarang hatiku masih lagi menangis mengenangkan pemergian Olie yang tidak menampakkan jasadnya. Olay telah pergi meninggalkan keluargaku tahun ni. Tahun lepas pulak aku kehilangan Olie yang sangat aku sayang, Kehilangannya menjadi tanda tanya, adakah Olie sudah tiada atau telah dicuri oleh orang lain? Aku pun menjadi sebak bila terkenang memori kami bersama. Dari saat mereka lahir, aku sambut dan potong tali pusatnya. Bagaimana mungkin aku lupa semua itu? Hanya Tuhan saja yang tahu betapa hancurnya hati aku bila ibu memberitahu berita kehilangan Olie. Melihat mata ibuku mula merah semasa memberitahu, lantas aku kuatkan hati dan cuba menjadi setabah yang mungkin. Tapi aku tak berupaya, dalam diam aku menangis semahu yang mungkin. Apa kan daya? Dua-dua tak akan kembali, hanya tinggal kembar mereka yang paling bongsu masih hidup iaitu Oda. Semoga Olay tenang di alamnya dan Olie sekiranya sudah tiada, aku ucapkan semoga Olie tenang bersama adik kembarnya Olay.Coretan ringkasini hanya sekadar luahan perasaan aku sahaja yang tidak mampu aku tuturkan. 

No comments:

Post a Comment